RSS

Aktiviti P&P Pendidikan Seni

Mata pelajaran Pendidikan Seni adalah salah satu mata pelajaran yang diajarkan kepada murid-murid PPKI di SK Telok Gadong. Mata pelajaran ini sangat penting kerana ia mampu:

1) Membolehkan murid-murid melahirkan ekspresi dalaman mereka keluar dalam bentuk lukisan dan sebagainya.
2) Menghilangkan tekanan murid-murid setelah seharian mempelajari mata pelajaran yang agak berat seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3) Mencungkil bakat terpendam yang mungkin ada dalam diri murid-murid dari aspek seperti melukis dan sebagainya.


 Di atas adalah sebahagian daripada aktiviti P&P mata pelajaran Pendidikan Seni yang dijalani oleh murid PPKI Kumpulan J di SK Telok Gadong. Dalam aktiviti ini, murid membuat kolaj bunga raya di mana mereka menampal cebisan-cebisan kertas warna pada gambar bunga raya yang telah disediakan oleh guru.

Buku Yang Wajib Dibaca Guru Pendidikan Khas

Menjadi Guru Pendidikan Khas (Edisi Kedua)

Harga: RM 27 / RM 30
ISBN-13: 978-983-3586-06-6
Tarikh Terbit: 15 Sep 2008
Jumlah Muka Surat : 280
Kategori: Pendidikan, Pendidikan Khas
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd


Ini merupakan buku yang mesti dimiliki oleh semua guru Pendidikan Khas di Malaysia. Buku ini khusus untuk guru pendidikan khas yang mendidik kanak-kanak istimewa. Ia menerangkan secara terperinci peranan yang perlu dimainkan oleh para guru pendidikan khas. Selain itu, ia menerangkan antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang guru pendidikan khas. Ia juga mendedahkan cara-cara dan kaedah menjadi seorang guru pendidikan khas yang cemerlang seperti menjalankan tugas dengan baik dan menjalinkan hubungan erat dengan pihak lain seperti ibu bapa dan komuniti.

Aktiviti P&P Kemahiran Manipulatif

Selain mempelajari mata pelajaran teras, murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga mengikuti mata pelajaran Kemahiran Manipulatif. Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif ini antara lainnya bertujuan:

1) Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid.
2) Menajamkan daya pengamatan murid.
3) Membina daya kreativiti murid.

Berikut adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti pengaran dan pembelajaran (P&P) Kemahiran Manipulatif yang dilaksanakan di dalam bilik darjah dan stesen Kemahiran Manipulatif (KM) untuk murid-murid PPKI ini.



Dalam aktiviti P&P di atas, pada mulanya murid dikehendaki memasukkan manik ke dalam tali. Selepas itu, sebagai peningkatan tahap kemahiran seterusnya, murid dikehendaki memasukkan manik ke dalam tali mengikut warna yang telah ditetapkan. Aktiviti ini dapat meningkatkan daya pengamatan murid dan melatih mereka supaya dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh tumpuan dan fokus.



Dalam aktiviti seperti di atas pula, murid dikehendaki menghasilkan sebarang objek daripada permainan Lego. Aktiviti ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid melalui permainan, pada masa yang sama merangsang minda murid agar dapat berfikir untuk menghasilkan sesuatu objek.

Mendidik murid-murid berkeperluan khas

 Dalam mendidik murid-murid khas ini, guru perlu banyak bersabar kerana murid ini perlu diberi arahan secara berulang-ulang. Murid sukar memahami apa yang disampaikan oleh guru dan kadang kala mereka sukar mengingati sesuatu perkara. Murid yang terlalu lemah memang memerlukan bantuan guru sepenuhnya.

·         Murid-murid Pendidikan khas juga terlibat dalam kokurikulum seperti pengakap, kelab kendiri dan sukan dan permainan. Dengan adanya aktiviti kokurikulum, murid diajar cara pengurusan kehidupan seperti belajar memasak dengan cara dan teknik yang betul disamping menitik beratkan keselamatan semasa di dapur.


·         Selain daripada matapelajaran teras, murid khas juga diajar kemahiran manipulatif. Ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid.

·         Selain berlakunya proses p&p, murid-murid khas ini diberi pendedahan kepada pertandingan bagi setiap Panitia. Secara tidak langsung ini dapat menilai tahap prestasi murid.




·     Murid-murid terlibat dengan aktiviti perkhemahan. Ini dapat mendidik murid ada sikap bekerjasama antara satu sama lain, tolong-menolong,hormat-menghormati dan berdikari.



·         Murid-murid khas juga menduduki peperiksaan 2 kali setahun. Ini dapat mengukur tahap kefahaman dan menilai prestasi murid.

Aktiviti P&P Pendidikan Jasmani



Murid-murid berkeperluan khas seperti di kelas PPKI Sekolah Kebangsaan Telok Gadong ini sebenarnya turut menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Cuma sudah semestinya tingkat kesukaran untuk setiap mata pelajaran atau subjek itu disesuaikan olah guru-guru mengikut tahap kemampuan mereka. Pada hari ini, saya ingin memaparkan sedikit gambar sekitar aktiviti P&P murid-murid PPKI untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Antara aktiviti yang dijalani oleh murid-murid ini adalah bermain futsal, “bowling” dan acara sukaneka. Segala aktiviti murid ini sebenarnya dipantau dengan teliti oleh para guru PPKI dari segi:

1) Perkembangan murid-murid dari segi kemahiran permainan, psiko-motor, kepimpinan, semangat berpasukan, kecergasan dan lain-lain.

2) Keselamatan murid-murid semasa aktiviti bagi mengelakkan sebarang kecederaan.  


Pengajaran mikro

Semasa mengendalikan Pengajaran Mikro di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Telok Gadong, Klang pada 24 Oktober 2011.

AKTIVITI-AKTIVITI PPKI SKTG


Secara keseluruhannya, sejak KKBP atau PPKI ditubuhkan, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah:

1. Mengadakan temuduga kemasukan murid baru.
        # Matlamat : Menguji tahap kecerdasan murid.

2. Lawatan ke rumah murid.
        # Matlamat : Mengeratkan hubungan
            silaturrahim  antara guru-guru dan ibu bapa di
            samping mendapatkan maklumat tentang
            masalah murid.

3.     Lawatan sambil belajar.
        # Matlamat : Memberi peluang kepada murid
            PPKI untuk melihat dunia luar di samping
            menimba pengalaman dan pengetahuan.

4. Bengkel / Seminar / Kursus
       # Matlamat : Meningkatkan pengetahuan dan
           pengalaman
       # Seminar guru Pendidikan Khas, Bengkel  BBM,
          Kursus motivasi  pengawas,seminar terapi
          pertuturan.

5.    Perkhemahan
      #  Matlamat : Mendedahkan murid Pendidikan
           Khas kepada konsep perkhemahan sebenar di
           samping melatih murid mencapai matlamat
           Falsafah Pendidikan Khas.

6.    Sukan
     # Matlamat : Memberi peluang kepada murid
        menunjukkan bakat dalam bidang sukan.

7.   Gotong-royong
     # Matlamat : Mewujudkan kerjasama erat antara
        Ibu bapa dan guru di samping memupuk
        kemesraan antara satu sama lain.

8.   Pertandingan Panitia
     # Matlamat : Menguji tahap kecerdasan dan 
       kekreatifan murid.