Murid-murid berkeperluan khas seperti di kelas PPKI Sekolah Kebangsaan Telok Gadong ini sebenarnya turut menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Cuma sudah semestinya tingkat kesukaran untuk setiap mata pelajaran atau subjek itu disesuaikan olah guru-guru mengikut tahap kemampuan mereka. Pada hari ini, saya ingin memaparkan sedikit gambar sekitar aktiviti P&P murid-murid PPKI untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Antara aktiviti yang dijalani oleh murid-murid ini adalah bermain futsal, “bowling” dan acara sukaneka. Segala aktiviti murid ini sebenarnya dipantau dengan teliti oleh para guru PPKI dari segi:
1) Perkembangan murid-murid dari segi kemahiran permainan, psiko-motor, kepimpinan, semangat berpasukan, kecergasan dan lain-lain.
2) Keselamatan murid-murid semasa aktiviti bagi mengelakkan sebarang kecederaan.