Secara keseluruhannya, sejak KKBP atau PPKI ditubuhkan, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah:
1. Mengadakan temuduga kemasukan murid baru.
# Matlamat : Menguji tahap kecerdasan murid.
2. Lawatan ke rumah murid.
# Matlamat : Mengeratkan hubungan
silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa di
samping mendapatkan maklumat tentang
masalah murid.
3. Lawatan sambil belajar.
# Matlamat : Memberi peluang kepada murid
PPKI untuk melihat dunia luar di samping
menimba pengalaman dan pengetahuan.
4. Bengkel / Seminar / Kursus
# Matlamat : Meningkatkan pengetahuan dan
pengalaman
# Seminar guru Pendidikan Khas, Bengkel BBM,
Kursus motivasi pengawas,seminar terapi
pertuturan.
5. Perkhemahan
# Matlamat : Mendedahkan murid Pendidikan
Khas kepada konsep perkhemahan sebenar di
samping melatih murid mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Khas.
6. Sukan
# Matlamat : Memberi peluang kepada murid
menunjukkan bakat dalam bidang sukan.
7. Gotong-royong
# Matlamat : Mewujudkan kerjasama erat antara
Ibu bapa dan guru di samping memupuk
kemesraan antara satu sama lain.
8. Pertandingan Panitia
# Matlamat : Menguji tahap kecerdasan dan
kekreatifan murid.
0 comments:
Post a Comment