RSS

Aktiviti P&P Kemahiran Manipulatif

Selain mempelajari mata pelajaran teras, murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga mengikuti mata pelajaran Kemahiran Manipulatif. Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif ini antara lainnya bertujuan:

1) Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid.
2) Menajamkan daya pengamatan murid.
3) Membina daya kreativiti murid.

Berikut adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti pengaran dan pembelajaran (P&P) Kemahiran Manipulatif yang dilaksanakan di dalam bilik darjah dan stesen Kemahiran Manipulatif (KM) untuk murid-murid PPKI ini.



Dalam aktiviti P&P di atas, pada mulanya murid dikehendaki memasukkan manik ke dalam tali. Selepas itu, sebagai peningkatan tahap kemahiran seterusnya, murid dikehendaki memasukkan manik ke dalam tali mengikut warna yang telah ditetapkan. Aktiviti ini dapat meningkatkan daya pengamatan murid dan melatih mereka supaya dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh tumpuan dan fokus.



Dalam aktiviti seperti di atas pula, murid dikehendaki menghasilkan sebarang objek daripada permainan Lego. Aktiviti ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid melalui permainan, pada masa yang sama merangsang minda murid agar dapat berfikir untuk menghasilkan sesuatu objek.

0 comments:

Post a Comment